Umar Sakit Perut!

As-salam,
Maaf dan maaf kerana tiada update yang best-best minggu ini. Ada kesukaran dan ia memerlukan perhatian sepenuhnya kepada anak saya Umar.

Umar Dah Semakin Besar!

Beberapa hari lepas, hari Sabtu anak saya Umar asyik memegang perutnya.Kami hairan mengapa?? Dan ianya sakit on dan off. Bukan sakit sepanjang hari.Suspek macam cacing kerana Umar sakit perut dan asyik menonggeng!

Petang itu kami ke Med Center di Sg Buloh. Doktor kata mungkin cacing.Beliau memberi ubat cacing dan ubat sakit perut, ubat demam (ada demam sedikit).Malam itu kami beri Umar ubat cacing.Harapan kami moga cacing itu keluar. Doktor yang merawat adalah doktor biasa.Bukan pakar kanak-kanak pun. (saya sudah tidak seronok di situ)

Ahad muncul. Tapi Umar masih tidak lena tidur malamnya. Umar masih lagi sakit perut dan menahan sakit.Saya sangat sedih melihat keadaannya. Ahad mana ada klinik buka! Kami tetap beri ubat untuk elak demam teruk dan beri ubat cacing sekali lagi. Ada kala Umar okay adakala Umar sakit perutnya. 🙁

Isnin pula datang. Biasa monday blues. Suami sudah tidak betah hendak pergi kerja. Umar masih sakit perut. Asyik mengerang dan menahan sakit. Ini sudah lebih! Ubat tidak mujarab! Adui! Lantas memang dalam kepala otak saya adalah klinik pakar kanak-kanak di Sg Buloh juga. Memang jauhla dari rumah saya Bukit Beruntung ke Sg Buloh. Peduli apa? Janji anak sihat dan di diagnos dengan betul!!

Giliran nombor 0009. Tunggu agak lama. Aduiyai. Tengok Umar pucat. Sedih. Tidak mahu makan pula. Susu pun tidak kerap. Minum air kosong dia larat. Kemudian, giliran Umar tiba. Doktor tanya apa yang berlaku. Kami pun cerita itu ini itu ini. Ubat cacing! Doktor ini punyai pandangan berbeza.

Ini bukan cacing. Cacing mengambil masa agak lama untuk membiak. Tanda-tanda ada cacing ialah susut berat badan, kurang selera makan, tidak bermaya. cepat letih dan memang tidak develop budak yang ada cacing! Yang menjadi punca ialah usus terbelit atau nama saintifiknya stomach flu anda boleh refer http://www.medhelp.org/posts/Maternal–Child/Chronic-stomach-ache-in-toddler-HELP/show/164791

Gastroenteritis or “stomach flu”

Is your toddler vomiting or suffering from diarrhea in addition to abdominal pain? If so, he could have gastroenteritis, also known as stomach flu. It’s the most common illness in the United States after upper respiratory infections.

Doctors use the term gastroenteritis to describe any inflammation of the stomach and intestines caused by a viral or bacterial infection. Viruses are the most common culprit, including rotavirus, adenovirus, calicivirus, and astrovirus.

Gastroenteritis can also be caused by a potentially more serious bacterial infection, such as Salmonella, Shigella, Staphylococcus, Campylobacter, or E. coli. Still other cases are caused by parasites such as giardia. Your toddler’s symptoms may be mild or severe, and they may last for just a few hours or for days, depending upon the cause.

Because a virus is usually to blame for gastroenteritis, you can’t treat it with antibiotics. But that doesn’t mean you should sit back and wait for the ailment to run its course. If gastroenteritis is causing your child to vomit or have diarrhea and a fever and loss of appetite, it can quickly lead to dehydration, so it’s important to make sure that your toddler is drinking plenty of fluids while he battles the illness.

Talk with your toddler’s doctor. She may recommend giving him an over-the-counter oral electrolyte solution in small sips throughout the day to replace fluids, minerals, and salts he may have lost.

Watch for signs of dehydration and give the doctor a call if you think your toddler may be becoming dehydrated. If he shows serious signs of dehydration, take him to the emergency room.

As soon as you can, you’ll want to reintroduce your toddler’s normal diet, avoiding only fatty foods.

Sakit perut adalah disebabkan usus sesama usus menolak dan menyebabkan cramp perut. Dan ada virus. Ia bukan sebab pemakanan tetapi kekotoran dari tangan yang masuk ke dalam perut. Faham?! Jadi, symptom cacing adalah berbeza dengan sakit perut seperti ini. Menonggeng bukan semestinya anak anda CACING!!!!

Hari Selasa, terus memberi ubat Smecta dan sakti perut untuk Umar. Air garam ORS diberikan untuk mengembalikan garam galian untuk tubuh badan.

Rabu, Umar menampakkan kesan positif. Bangun tidur dan senyum!! Alhamdulillah……………… tidur saya semenjak Sabtu lepas memang tidak lena. Inilah dugaan. Tapi, dilihat kembali secara positifnya, saya amat bersyukur kerana keputusan berhenti kerja adalah terbaik untuk anak-anak saya. Tidak perlu EL, MC, UL, dan sebagainya untuk menjaga anak! Akhir sekali, bersyukur kepada Allah kerana Umar pulih sediakala dan akan sentiasa memantau anak-anak. Jangan lupa jaga kebersihan dan juga elak anak dari hisap jari ok!

p/s: pengalaman weh! sharing is caring all! 🙂

Related Posts with Thumbnails

8 thoughts on “Umar Sakit Perut!

  1. Husna Ariffin says:

    Salam akak,

    Macam mane rasenye mula-mula berhenti kerja? saye dah terarah untuk mengambil tindakan yang sama since husband pon dok jauh ni.
    Cuma kami slalu rase unsecure sbb memikirkan kekangan kewangan.huhu..harap pengalaman akak dapat beri saye idea.

    • mommynana says:

      husna,
      wslm. banyak perkara kene pikir kalau kita nak berhenti kerja.
      tambah2 sekarang ni kan. mcm2. barang naik dan risiko kite makin susah pun ade. sikit2 ada la kite kene buat side income. cume tak banyak. rase akak ape pun bincang abis2 dgn suami. sebab dia akan tanggung kita. akak pun berhenti sebab anak2 tade sapa jaga.

      kerja mmg kalau bole kerja. sbb masa depan kt tak tahu.
      kalau ade modal wat niaga buat dik.
      mula2 mmg tensen sbb kita takde duit poket sndri.
      kewangan mmg tak brape stabil. mmg nampak mudah je kan berhenti kerja. lepak rumah dngan anak. tapi tak best tak buat ape.
      hati dan perasaan kita ni la kene handle bebaik. kalu idak mmg tensi la manjang…

      kalau mahu berhenti sediakan diri fizikal mental.
      dan kalu bole ade sket2 niaga sblom berenti.
      kalu idak mmg kite rase terkejut. 🙂
      apa pun bncang dengan suami. baik dan buruk.

    • mommy nana says:

      titan,
      tu la. jadi pengalaman berharga.
      lepas ini kalau terjadi akan tahu nak kemana
      dan apa ubatnye.
      cegah lebih baik dari mengubati… 🙂

  2. hubby says:

    assalam,

    virus yg bleh jangkit/mbiak dlm usus ada byk jenis. kes umar adalah rotavirus. hmm cam penah nmpak perkataan itu kan. usus akan cramp dlm masa2 tertentu sbb ia adalah sebhgn proses automatik sistem imun badan utk membuang virus2 tersebut.

    yg menjadi ketakutan ibubapa adalah ‘telescopic intestine’ (sorry kalau ejaan salah). perkataan melayu usus bersimpul. kes ini akan membuat kanak2 itu tak dapat berak dan kentut. simptom lain adalah sama mcam tadi cuma dia tak bleh kentut dan berak. sekiranya berlaku kes begini, terus lah ke ICU. penyelesaian nya adalah pembedahan. dlm byk kes2 sakit perut, kes ini shjlah yg perlu direct/terus/langsung ke ICU ke ER sbb urut2, minyak panas,minyak angin tak jalan.

    jgn ambil mudah kes sakit perut (terutamanya dikalangan kanak2, bayi) dan terus buat andaian & penyelesaian sendri dgn membeli ubat senang berak, ubat cirit dsb dari farmasi. terdapat lebih dari 7 jenis sakit perut yg simptom nya lebih kurg sama. bacalah dari website yg tertera di post di atas utk lebih mengenali jenis2 sakit perut kanak2.

    • mommy nana says:

      adik,
      tu la. mmg smggu ni tgok je dia. ada gak skit sakit die tu.
      cume tak de la teruk cam 2 – 3 ari lepas. haish sian tgok dier.

Comments are closed.