Resolusi Selepas Ramadan, Ke Ramadan Seterusnya

Assalamualaikum wbh …

Salam hari Jumaat. Lama tak update blog guna laptop ! Subhanallah. Hari ini sangat gembira dengan pelbagai urusan telah di laksanakan dengan pertolongan dari Allah swt jua.

Ramadan berlalu, Syawal pun bakal berlalu. Apakah kita seperti Ramadan lalu? Bangun seawal pagi sebelum Subuh, memang kurang tidur, banyakkan amalan waktu malam, membaca Quran dan sebagainya. Saya pun masih dalam proses menghabiskan puasa enam, berbaki tiga hari lagi. Inshaa Allah. Bila lihat diri sendiri, banyak perlu di baiki dan resolusi selepas Ramadan patut di senaraikan laksanakan hingga Ramadan depan (Inshaa Allah jika masih ada umur).

Antara resolusi saya sendiri… moga istiqamah terusan. Dugaan memang banyak. Istigfar banyak-banyak ya.

  1. Puasa : Isnin Khamis dan puasa sunat yang lain.
  2. Quran : membaca dan memahaminya, belajar tajwid, harapnya boleh di laksanakan
  3. Sedekah : terus bersedekah tak kira masa, duit sebanyak mana, tenaga, senyum yang termampu
  4. Sabar : melatih diri bersabar dari bulan Ramadan hinggalah bila-bila

Kadang terfikir, bila bulan Ramadan sahaja kita nak buat baik, sedekah, amal amal bagai tak cukup waktu dan pelbagai aktiviti keagamaan kita buat bulan mulia ini. Apa kata kita teruskan dengan niat kerana Allah swt teruskan sedekah kita, bantu anak anak yatim, sedekah makanan kepada asnaf yang miskin, teruskan hingga kita tiada. Apa kata diri?

Pada saya antara efek dari puasa di bulan Ramadan pada saya ialah :

  • apabila membaca quran lebih tenang diri
  • sabar atas segala dugaan Allah swt
  • lebih banyak diam, dari cakap bukan-bukan
  • in control jika nak marah anak (payah bab ni)
  • lebih berfikir baik dari buruk, sangka yang baik-baik sahaja
  • tak ambil kisah sangat apa orang nak kata
  • mengadu lebih banyak kepada Allah swt dari mengadu pada manusia

anda bagaimana?

Life Is Great and Short !

Life Is Great and Short !

🙂

Related Posts with Thumbnails

2 thoughts on “Resolusi Selepas Ramadan, Ke Ramadan Seterusnya

  1. ira says:

    Yes. Mengadu dengan Allah lebih best daripada mengadu kat orang. Kalau mengadu kat orang kadang2 kita kena kutuk balik huhuhu

Comments are closed.