Resepi Mudah : Kentang Putar dan Sosnya

As-salam…

Mari memasak! Saya telah cuba resepi ini Jumaat lalu. Sangat mudah dan saya suka resepi simple begini. Saya refer satu blog di internet dan untuk resepinya sila klik di sini.

Bahan-bahan dan cara untuk memasak kentang putar.

Bahan-bahannya:

8 – 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah

 

Kentang Putar

 

Cara-caranya :

1. Kentang di kupas kulit dan rebus dengan air penuh ke takat kentang anda selama 20 minit. (lebih pun boleh)
2. Kentang sudah empuk di tapis airnya dan letakkan periuk ke atas api semula untuk keringkan airnya.
3. Masuk sedikit butter dalam kentang dan leyek atau blender (kisar)
***butter ikut suka anda untuk letak banyak atau sedikit
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
5. Tuangkan susu dan lenyek/kisar lagi hingga rata. (susu ikut sedap lidah anda) Masuk sikit demi sedikit) Susu akan buat kentang putar ini lebih gebu dan lemak.

Kemudian bahan-bahan untuk kuah/sos/ gravy kentang ini.

Bahan-bahannya:
1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung
2 cube ayam maggie
lada hitam/sulah
2 cawan air

 

Gravy or Sosnya

Cara-caranya :

1. Cairkan butter dan tumis bawang sekali. Biarkan dia caramelized.
2. Masukkan tepung jagung. Tumis sampai tepung warna coklat. Atau sampai kepada warna gravy yang dikehendaki.
3. Masukkan air. Kacau sampai rata .
4. Pecahkan kiub ayam dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat sila tambah air.
6. Kacau rata. Tutup api. Masukkan kuah dalam blender dan kisarlah sampai tak berketul. Hidangkan bersama kentang putar tadi.

***picture atas (kertas hijau adalah resepi salin suka hati. kertas pen tangan tulis salin resepi. 🙂

Dah SIAP! So kita makanlah!

 

p/s: sekian. sila cuba jangan malas ok. 😛

Related Posts with Thumbnails

16 thoughts on “Resepi Mudah : Kentang Putar dan Sosnya

  1. Letsmasak.com says:

    Assalamualaikum wrt wbt,

    Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

    Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

    Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
    http://letsmasak.com/register

    Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

    Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.

    Ikhlas daripada,
    Letsmasak.com

  2. anonaninonunananononanonaonomous says:

    agak-agaknya antara yg buat sendiri ke KFC punya lagi sedap?
    *nanti masa cuti sekolah nak kerja kat KFC. nak korek rahsia resepi dia. muahahahahahaha*

    • mommy nana says:

      haha bole2… senang jugak.. blender kentang lagi best.. penyek2 agak kurg smooth…

  3. Incik RestNrilekS says:

    Salam,

    Ohhh lala, hehe. Ni ada masa boleh cuba ni. Lepas tuu dah siap masuk peti sejuk. Boleh la buat untuk 2-3 hari punya bekal bawak ke ofis.

    Haha, ketam putar, masuk celah roti bakar, ngan sayur bawang chili, ngan daging, jadi power sandwhich. Memang mengenyangkan.

    Terima kasih sebab berkongsi dengan kami.

    Selamat hari Selasa yang baik : )

Comments are closed.