Resepi Cucur Jagung Rangup

Assalamualaikum

Kelmarin petang, lapar. Maka tangan pun mula ligat cari bahan untuk masak dan makan. Hehe…

Hasilnya…

image

Makan panas-suam sikit memang sodap! Cicah sos cili Jalen lagi sedap! Menjilat jari pinggan tau… Hehe.

Resepinya… Ada bahan saya yang bubuh dalam adunan ni pakai ikut logik dan rasa.

Bahan-bahan (untuk makan 3-5 orang)
2 cawan tepung gandum kesukaan korang
2 ulas bawang merah (kisar atau tumbuk atau cincang)
1 batang cili merah (kisar atau tumbuk atau cincang)
1 cawan jagung manis (frozen defrostkan)
1/2 – 3/4 cawan air suam ikut kepekatan adunan
1/2 sudu kecil garam gula
1/2 sudu kecil maggi cukup rasa

Cara-caranya…
Masukkan tepung ke dalam bekas untuk campur bahan.
Masukkan bahan-bahan kisar/tumbuk atau cincang.
Masukkan jagung defrost denga air suam kacau dengan segera. Gaul hingga sebati.
Adunan jaga ya, tak mahu terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dengan tangan. Cair sangat tambah tepung sikit.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng, balik balikkan hingga masak kedua belah cucur tadi.

Sekian, selamat mencuba….

Related Posts with Thumbnails