As-salam…

Sabtu baru-baru ini sempat keluar jalan-jalan ke Ampang Park. Lama sungguh tak ke sana. Saya pernah menjaga booth pameran perkahwinan di situ bersama suami. Juga, sudah ada baby kami yang first masa tu. Teringat kami makan di salah sebuah cafe yang saya agak lama sudah bertapak di Ampang Park.

Ampang Park - Akses paling mudah dengan LRT

Saya dan suami makan di situ untuk feeling-feeling kenangan lama di situ. Hehe. Bezanya, kali ini dengan kedua anak kami dan si kecil di dalam perut. Saja saya ajak suami makan-makan best malam minggu. Suami cadangkan makan di cafe ini. Lepak-lepak dan makan. Suami memilih menu mee kari yang memang sedap. Huh…tak caya boleh singgah situ dan makan. Tempat memang terhad. Comel je kawasannya. Saya memilih menu makan malam saya asam laksa. Teringin… Portion makanan memang banyak. Berbaloi-baloilah makan situ.

Asam Laksa Memang Sedap...Ikut Tekak Saya la....

Harga bagi saya berpatutan, walaupun sudah naik harga. Bukannya nak makan selalu pun. Kalau makan selalu parah poket kami. Huhu. Try sendiri dan feel sendiri. Tempat memang selalu full. Tapi malam tu, tak ramai orang. Kami makan dengan amannya. Breakfast dan lunch memang ramai. Simple dish, yet satisfied your tummy. :D

Rujukan tempat : D’lite Ampang Park – fourquare

p.s : memang puas hati! ;)

Posted in Santai-Cuti-Makan | Tagged , , , | 2 Comments

As-salam,

Jumaat lepas tak salah, suami bawa balik makan malam untuk sekeluarga. Kotak besar macam pizza. Buka tengok memang pizza, buatan tempatan. Beli dari pasar tani bukit sentosa sana.

Kad Bisnes Pizza Stop And Bakery

Siap beri pamplet dan kad bisnes, penghantaran pun di buat. Cuma tak sure sampai mana dorang boleh “pos” pizza tu. Memang bagus strategi pemasaran.

Yummy Pizza!

Pizza lembut budak-budak senang nak makan. Kalau crust keras, memang payah nak kunyah. Macam-macam menu pizza yang mereka masak. First time rasa sedap juga. Masak kat situ jugak. Tebar doh, taruk puree tomato, bubuh segala bahan untuk topping dan masak di situ. Fresh made kiranya. Bukan peram-peram lepas tu masak. :D

Oklah. Saja share serba sedikit pizza yang sedap ini. Terliur kalu, singgah pada hari Jumaat di Pasar Tani Bukit Sentosa…ye….

p.s. asik makan-makan…ape nak jadik tah la…..

Posted in Santai-Cuti-Makan | Tagged , , | 4 Comments