Looped Maternity Pad

Salam,

Tajuk agak kontroversi tetapi saya mahu beri info sahaja mengenai benda di atas itu.

Maternity Pad

Pada mulanya, saya pernah nampak maternity pad di shopping complex dan terfikir apakah rupa bentuknya, bagaimana pemakaiannya, tebal ke, panjang ke dan lain-lain. Apabila mengandung ini adalah benda wajib untuk para suami belikan apabila dalam pantang. Ianya sangatlah berguna! Hehe.

Ianya seperti pad biasa tetapi ada tali di hujung depan dan belakang pad itu.

Loop Maternity Pad

Pad atau tuala wanita yang khas ini adalah untuk mereka yang telah selesai perjuangan (bersalin) tidak kira secara normal atau Cesarean – awas video ini mengandungi tayangan yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak). Secara umumnya, pelbagai jenama ada di pasaran. Hospital juga memberi bekalan untuk mereka yang masih perlu tinggal di wad.

Cara pemakaiannya agak unik. Anda perlukan tali (dari kain atau tali kain yang guna untuk ikat fail yang berwarna putih dan lain-lain tali yang sesuai). Tali ini akan di masukkan celah loop pad belakang dan masuk ke loop depan pad. Tali ini akan jadi belt atau tali pinggang dan ikat tali di tepi simpul macam mana anda suka.

Tali Masuk Celah Loop (Depan- Belakang- Ikat Tepi)

Nurse akan bantu anda, selalunya pad ini membantu tambahan kalau selepas pembedahan. Susah mahu menyarung seluar dalam. Pengalaman……

Pada saya pad ini tebal dan serapan tinggi. Bagus sangat dipakai selepas bersalin atau dnc. Orite. Itu sahaja tatapan hari ini. Maaf kepada kaum lelaki atau suami. Tuan blog tulis entry khas untuk perempuan samada sudah atau belum berkahwin sekadar pengetahuan am.

Sekian….

Related Posts with Thumbnails

5 thoughts on “Looped Maternity Pad

Comments are closed.