Klinik Pakar Kanak-Kanak Serena Memang Best!

 

As-salam…

Kelmarin pergi ke klinik pakar kanak-kanak di Bukit Rahman Putra. Sebab ini satu-satu klinik yang kami rasa bagus khidmatnya dan ubatnya memberi kesan positif kepada anak-anak. Saya hanya syorkan sahaja kerana dek sebab pengalaman pergi ke klinik berdekatan rumah amat mengecewakan. Balik-balik makan ubat mengantuk anak-anak. Kesihatan tidak bertambah baik. Berulang makan ubat yang sama dan hasilnya sama.

Oleh kerana ini klinik pakar, maka sediakan wang secukupnya untuk membayar rawatan dan ubat. Insya Allah dengan izinNya anak-anak anda senang dan mudah terima ubat yang sesuai untuk mereka.

Doktornya sangat baik dan memang mesra budak. Memang tahu apa masalah yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Myth dan fakta perubatan pun beliau akan ceritakan. Saya suka juga dengan cara penerangan beliau tentang sesuatu penyakit. In details orang kata. Dengan bahasa yang orang awam akan faham… 🙂

Oh ye. Lokasi klinik ini di Sungai Buloh ye. Hehehe.  Berbaloi? Memang berbaloi…..!

 

Suasana di Klinik Pakar Kanak-kanak Serena

Suasana Seronok di Klinik Pakar Kanak-kanak Serena

 

Maklumat Klinik :

Klinik Pakar Kanak-Kanak Serena

20G Jalan BRP 1/2
Bukit Rahman Putra
Sungai Buloh, Selangor 47000
03-6157 5763

Waktu Rawatan :

Isnin – Jumaat : 930 pagi – 1230 tenghari dan 630 petang hingga 900 malam

Sabtu : 930 -100 tenghari

 

Jika ade kemusykilan boleh telefon klinik.

Related Posts with Thumbnails

6 thoughts on “Klinik Pakar Kanak-Kanak Serena Memang Best!

  1. lana says:

    Salam dear.. 100% setuju..klinik tu mmg bagus.. Anak kite yg no 2 mmg serasi dgn ubat2 klinik tu.. Yg no 3 ni tak berapa.. Now kite selalu pegi klinik pakar deret PMC. . Doc Tan pun bagus.. Kadang klinik bagus tp anak pulak tak serasi dgn ubat.. eh.. U dok mane kat sg.buloh? Kite duk di saujana utama..

    • mommynana says:

      lana,
      sy tggal prima beruntung. dulu tasik biru je. pastu da tak keje pndah beruntung sbb suami keje sini dkat. tp mmg trusted situ. 1st time g hati saya sgt senang sekali. Insya Allah terbaik utk anak2 kite.. slm perkenalan… 😉

Comments are closed.