Archive for the ‘Jalan2 Cari Makan’ Category
Jadual Perjalanan PLUS Raya 2010
Salam,
Di sini saya mahu kongsikan bersama anda jadual perjalanan lebuhraya PLUS ketika balik kampung.
Saya pasti ramai sudah mula balik kampung seawal minggu lepas.
Selamat memandu dan hati-hati lah di jalan raya. Tengok wajah tersayang.
Org kampung menanti kita dengan sabar. Memandu dengan berhemah ok?
Untuk besarkan jadual ini, klik pada gambar.
Berita baik untuk pengguna lebuhraya Malaysia. Menurut sumber dari PLUS Expressway Berhad:
“Kelas 1 pengguna akan menikmati diskaun sehingga hampir 20 peratus ketika mereka keluar atau membuat bayaran di sepanjang tol Utara-Selatan, Elite dan Secondlink (kecuali plaza Bukit Kayu Hitam Tol, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang Tol Plaza dan tol BKE) antara 12:00 hingga 07:00 pada 6,7,8,13,14, dan 15 September. Diskaun ini merupakan tambahan diskaun 10 peratus yang ada yang telah dinikmati oleh kelas 1 kenderaan sepanjang jalan raya PLUS dan Elite pada waktu sesak setiap hari.”
Pastikan juga anda tambah nilai Touch N Go anda kerana mereka akan tutup kaunter tambah nilai di tol-tol pada 6, 7, 8, 9, 16, 17, 18 dan 19 September. Untuk tambah nilai sila ke RnR berikut.
6, 7, 8 & 9 September
Gurun (North Bound) Gunung Semanggol (North Bound) Tapah (North Bound) Restoran Jejantas Sungai Buloh (North Bound) Seremban (South Bound) Restoran Jejantas Ayer Keroh (South Bound) Pagoh (North Bound)
16, 17, 18 & 19 September
Gurun (South Bound) Gunung Semanggol (South Bound) Tapah (South Bound) Restoran Jejantas Sungai Buloh (North Bound) Seremban (North Bound) Restoran Jejantas Ayer Keroh (South Bound) Machap (South Bound)
Pastikan tayar, enjin, minyak hitam, carburator, coolant, wiper cermin dan segala-galanya sudah selamat dan diservis sebelum menuju destinasi anda.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua.
Berbuka Puasa v3
Salam,
Semalam seperti dirancang saya dan keluarga telah berbuka puasa di Scrumptious Restaurant KL, dekat KLCC. Seronok sangat dapat berjumpa rakan-rakan dari sekolah teknik dulu. Batch saya 95/96 dan saya amat terharu dengan sambutan mereka, walau dari jauh (dari Terengganu) pun sanggup datang. Terima kasih pada semua yang hadir. So, layan pictures yang tersedia. Makanan sedap sangat. Berbaloi juga dengan suasana di situ. Deco pun menarik. Boleh anda lihat dalam gambar-gambar di bawah ini.

Berbuka Ramai-ramai
Time makan memang layan habis. Tengok masing-masing adap makanan. Hehe. Bilik dia lawa kan?

Budak-budak biasa la
Ini agenda budak-budak memang best sofa tu. Hehe

Sembang Selepas Makan
Selepas makan sembang-sembang sat. Nak tangkap pic ramai-ramai. (bukti attendance)

The whole group that came !

Dapat RM raya lagi tu.
Pantun untuk rakan-rakan ku:
Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam hati,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.
Malam ini merendang jagong,
Malam esok merendang serai;
Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita bersama mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam-salam-maaf-maafan
Insya Allah tahun depan kita cuba kumpul lagi ramai.













