Berpantang Selepas Caesarean, Cara Yang Sesuai Untuk Diri Sendiri

As-salam,

Setelah melalui proses pembedahan untuk melahirkan anak, pelbagai cara dan teknik berpantang yang di lalui oleh ibu-ibu. Ada yang ikut tradisional dan ada yang tidak. Saya memilih method mana sesuai dengan keadaan saya dan badan saya. Selesa atau tidak.

Gambar Hiasan ~ Makanan semasa di wad ~

Saya mulakan dengan berurut dengan mak bidan selama 3 hari berturut-turut. Memang sedap rasa badan dapat membuang angin dan membetulkan urat-urat yang bersimpul semasa mengandung hari tu. Lega sangat-sangat. Saya rasa akan ulang lagi urut ini selepas  habis tempoh berpantang 44 hari.

Kemudian, saya amalkan sapuan kapur dan limau nipis. Perah limau nipis ke dalam kapur. Sapu pagi dan malam. Mengempiskan perut dan  mengecutkan bengkak dalaman. Alhamdulillah, berkesan. Paling berkesan jika kita dapat bengkung lilit macam ulat tu sekali. Memang best. Saya hanya gunakan bengkung moden. Kena jaga-jaga juga luka pembedahan yang masih dalam proses pemulihan.

Seterusnya, mengamalkan mandian daun-daun herba seperti daun inai, pandan, daun lengkuas, serai wangi dan lain-lain lagi, Rebusan daun ini mandi tiap pagi selama 3 hari juga. Membuang sejuk dan beri kesegaran pada badan kita semula. Memang best.

Saya juga amalkan menyapu krim BioTrim saya untuk memanaskan dan sekali membuang lemak-lemak degil pada bahagian sukar. Perempuan patut tahu bahagian mana degil nak turun lemaknya. 🙂

Jika hendak bertungku, saya nasihatkan tunggu dalam beberapa minggu. Kemudian, bolehlah bertungku tapi jangan kena tempat pembedahan ya. Tungku pada atas dari kawasan pembedahan. Saya belum bertungku lagi. Tunggu masa sesuai untuk bertungku. Mungkin minggu hadapan masuk minggu ke empat.

Jamu saya tidak amalkan. Maaflah. Anak kuning saya tak galakkan makan jamu. Lagi teruk anak nanti. Saya pun tak tahan dengan jamu, panas dan sakit kepala jadinya. Menyusu badan pun tak di galakkan pula untuk makan jamu, panas anak nanti. Itu kebanyakan orang keliling cakap. Benar ke tidak Wallahualam… Tapi, saya tak amalkan jamu. Mungkin nanti selepas habis penyusuan badan saya cuba. 😛

Amalkan juga makan makanan berkhasiat untuk melawaskan perut dan elakkan angin dalam badan berkumpul. Saya makan ikan haruan untuk mempercepatkan proses pemulihan luka luar dan dalam. Tiada masalah untuk berjalan, cuma jangan jalan laju-laju.

Selain dari itu, saya tidak ada amal apa-apa petua yang dasyat-dasyat. Mana yang boleh dan sesuai sahaja saya amalkan. 🙂

p.s : camne anda berpantang? normal deliveries sure lagi hebat la tekniknya….

Related Posts with Thumbnails

6 thoughts on “Berpantang Selepas Caesarean, Cara Yang Sesuai Untuk Diri Sendiri

    • mommynana says:

      thank u ainul. yup, macam2 cara untuk kita berpantang. tapi jgn sampai memudaratkan diri..betulkan? bukan tak elok, pantang ni mmg elok. cuma khasiat utk badan tu kene jaga juga. jgn sampai sakit pulak masa pantang. hehe.

Comments are closed.