Bagaimana Hadapi Baby Kena Selsema?

As-salam.

Musim panas yang melanda dan keadaan cuaca yang tidak  menentu menyebabkan pelbagai penyakit. Memang menakutkan, pelbagai penyakit berjangkit timbul waktu ini. Demam, selsema, batuk, sakit tekak dan lain-lain lagi. Seisi rumah semua kurang sihat. Saya sakit kepala dah beberapa hari On Off. Yasirah kesian sebab kena selsema, aduihai. Memang rasa nak balik rumah sendiri, sebab ramai di rumah mak ni yang tak sihat.

Setelah confirm Yasirah selsema (sebab malam sebelum tu dia tak selesa tidur), maka kami segera ke klinik Serena Bukit Rahman Putra Sungai Buloh. Sebelum ini saya ada tulis satu entry tentang klinik ini. Memang bagus dan khusus untuk bayi dan kanak-kanak. Doktor Serena beritahu kami, bayi sampai umur 2 bulan begitu memang tidak tahu bernafas melalui mulut. Jika selsema, ibu kena sedut hingus itu untuk mereka. Jadi, beliau telah suggest PIGEON Baby Nose Cleaner. Ini pesen bukan jenis pam macam dulu-dulu tu.

Ianya berfungsi dengan ibu menyedut dari hujung macam straw tu, dan menghalakan muncung botol ke hidung bayi. Memang bayi akan marah sebab kita kacau hidung dia. Tapi, kita memang terpaksa sedut. Sedutan jangan terlalu kuat, kawal sedutan. Ibu di galakkan untuk menyedutnya, takut bapa terlalu kuat sedutan sakit hidung bayi anda.

Selain perlu ada penyedut hingus, doktor bekalkan OXY NASE (ubat titik) untuk melegakan hidung yang sedang selsema. Hari pertama memang kesian tengok Yasirah, merah-merah muka dia dengan gatal hidung dek selsema. Hari kedua (hari ini) nampak perubahan. Malam tadi dah sedut hingus 2-3 kali masa dia tidur. Sebab sangat kurang selesa untuk Yasirah menyusu dan tidur. Susu badan penting untuk proses recovery cepat.

Mak dan bapaknya memang tak cukup tidur. Tapi, demi anak-anak sanggup lakukan apa saja untuk mereka sihat kembali.

Proses akan diteruskan, dan OXY NASE ini akan terus dititik dalam hidung selama 5 hingga 7 hari. Harap cepat Yasirah sembuh kembali. Harap perkongsian ini dapat memberi gambaran bagaimana untuk kendalikan bayi apabila selsema menyerang bayi. Ada petua tradisional seperti menyapu kunyit yang dah hancur tumbuk ke hidung bayi. Tak pernah cuba pula.

Jangan lengah untuk mendapat rawatan jika anda rasa bayi demam atau batuk pula selepas selsema. Bahaya untuk bayi anda. ok?

p.s : anda bagaimana? ­čÖé

Related Posts with Thumbnails