Apa Ada Di Bukit Beruntung Sekarang?

As-salam,

Short and sweet updates.

Bukit Beruntung is not a ghost town anymore. Hulu Selangor sudah ramai orang…

(Ye ke bukan ghost town?)  Who said so? Be rational. Mari tengok datang naik highway PLUS ke UTARA dan EXIT 118 Bukit Beruntung.

Sebuah rumah banglo ada tanah, sudah menjadi 300k sekarang!! Tempat yang ada pelabur (yang sudi) mesti lagi ramai datang.

Gudang simpan barang atau stok dari syarikat TESCO juga telah dibuka dan memang mereka manfaat kawasan sebegini.

Bukanlah bangga TESCO (supermarket) akan di buka, tapi bila ada peluang pelaburan sesuatu kawasan akan berkembang maju.

Lumrah manusia, orang ini tunggu orang ini. Kedai yang best-best tidak  mahu buka di sini. Biarlah.

Rugilah. Bukan apa nak makan (fast food contoh) kena pergi RAWANG. Jauh? JEM weh…. penat bazir minyak.

Lagi satu, bank. Yang ada PUBLIC BANK sahaja yang dibuka sejak ghost town ini muncul di peta Selangor.

 

Bukit Beruntung (2011)

 

Tengok sekarang mereka ramai client kilang. Bank-bank lain apa tunggu lagi? Haha. Yang ada ATM Machine yang sangat kurang untuk menampung ramai pekerja dan penduduk yang ramai di sini. Come on? Datang dan lihat. CDM pun asyik tidak boleh masuk duit.

Adui la.. sabar?  sabar.. sabar.. Entri ini harap dapat membuka mata mereka-mereka yang tunggu orang ini ramai dan tunggu lagi. Tunggu sampai bila entah? Jangan sentap dan terasa luahan ini dari penduduk sini juga.

Stesen minyak yang ada ESSO dan Petronas. Bagus! Senang isi minyak tanpa perlu ke Sungai Choh atau Rawang.

Menurut bancian lalu (sumber mulut orang), sudah lebih 60 ribu orang yang tinggal di Kawasan Hulu Selangor. Ramai juga pendatang yang bekerja di sini sebab orang kita tidak mahu mungkin…. mmmm

 

ZZzzZZZZzzz Tunggulah tungguu....

 

Oh ya. Kilang Perodua, Tan Chong , APM, GiVi dan sebagainya memang telah lama bertapak di sini.

Semua ini menambah peluang pekerjaan.

Sesiapa ada beli rumah (tapi tak duduk sebab takut sini ghost town) , belek-belek rumah anda dan tengok harga sekarang.

Saya kalau ada duit memang beli sebuah. Tunggu masa sesuai mungkin??

Rezeki ada mana-mana tidak kira town, metropolis, ghost town Insya Allah saya percaya rezeki yang Allah berikan.

Berdoa sangat jangan rezeki itu sampai melalaikan kita dengan Allah.

Sekian.

p/s: masih fikir sini ghost town? lantak korang lah…..

 

Related Posts with Thumbnails

3 thoughts on “Apa Ada Di Bukit Beruntung Sekarang?

Comments are closed.