Anak Sulung Terlebih Independent, Sayangi Mereka !

Assalamualaikum wbh…

Salam sejahtera semua. Hari ini saya agak kurang sihat seperti hari biasa yang lain. Selesema dan batuk, rasa demam sedikit. Allah menduga kita bersyukurlah ya. Tambahan dengan jerebu. Astaghfirullah.

image

Me and the siblings

Saya adalah anak sulung dari 4 adik beradik. Maka, banyaklah cabaran dan dugaan sebagai orang pertama itu pertama hadapi ini. Ketabahan dan kesabaran sebagai anak sulung memang sangat di perlukan. Bila mula di banding dengan anak sulung orang terasa tak seronoknya hidup begitu. Kadang mulut manusia ini sangat lancang berkata-kata bukan?

Segala perkara handle sendiri, urus diri  sendiri sampailah ke isu kekeluargaan. Bila di fikir fikir kembali, alangkah berani dan bersemangatnya saya sewaktu ketika dahulu. Berjuang untuk pelajaran dan bekerja tanpa mengira waktu. Seronok dengan hidup tanpa gangguan mulut celupar orang. Ignore them. Thats all.

Tetapi, tahukah anda anak sulung ini akan mula terasa kurangnya kasih sayang terhadap dirinya ? Perhatian ibu bapa tertumpu pula pada anak kedua tiga dan seterusnya. Maka peranan ibu dan bapa amatlah penting dalam membentuk jiwa anak sulung ini. Supaya dia tidak berasa dirinya diketepikan.

1. Peluk dan ucapkan “sayang anak mak / pak ini (nama) sampai bila bila”.

2. Ucapkan tahniah / pujian atas pencapaian dan berilah teguran dengan baik jika dia buat salah.

3. Berikan peluang dan manfaatkan masa sewajarnya untuk anak ini. Kerana masa kita sangat terhad dengan kehadiran adik-beradiknya.

4. Luangkan masa bersendirian dengannya. Talk with heart.

5. Sentiasa pantau dan ambil tahu segala perkara di sekolah/kolej/univ rakan-rakannya, pelajaran dan sebagainya. Bermakna kita masih ambil  tahu kehidupan dia walau sudah agak remaja.

6. Beri peluang untuk dia menceritakan apa yang berlaku dalam hidup dan dirinya sekarang. Apa yang dia mahu dia suka dan sebagainya

7. She still need to be pampered. Its true.

8. Masak makanan kegemarannya, dapat menggembirakan hatinya.

9. Sentiasa ingat dia masih perlukan kita untuk sokong segala hal dan perkara penting hidupnya.

10. Didiklah sebaik mungkin kerana dia adalah contoh pada adik-adiknya. Usah stress fikirannya. Didik dengan hati yang ikhlas dan  terbuka.

Inshaa Allah bantulah dan berdoalah untuk anak sulung kita supaya menjadi yang terbaik untuk adik-adiknya. Sayangi dia selagi berada di sisi kita.

Ini hanyalah pandangan saya (bukan pakar psikologi kanak-kanak) sebagai anak sulung dan punyai anak sulung perempuan berumur 9 tahun. Tiga adiknya yang masih kecil 7 tahun (lelaki) , 3 tahun dan 11 bulan both perempuan.

image

I love to write.
-nana.husain-

Posted from WordPress for Android

Related Posts with Thumbnails

2 thoughts on “Anak Sulung Terlebih Independent, Sayangi Mereka !

Comments are closed.