Archive for February, 2010
RM 3,000 seisi rumah miskin di KL? ~ coco v ~
Salam,
Tertarik dgn perkara tersebut.. tapi betul ek? Ke sah2 sy ke salah bacaan? Hehehe. Tapi tu la hakikatnye…. Kalau ikut gaji sy ni mmg miskin (ptut aa tak de spare RM pun bile dpt gj) so, admit la KL ni mmg high cost living in Msia…. Selain tu, korg tengok sekeliling lah.. Sape ade kete mewah, umah besau, anak sikit? ramai, tanggungan ade anak yg da kawen pon dok sama mak (cam aku ke?) hahahaha… dan pelbagai situasi itu, sebenarnye semua adalah duniawi semata-mata…. Apa kt ada adalah pinjaman semata2… okeh? Ade paham kah?
Janji soru anak tak mis.. pakai mnum susu makanan dorg wajib di cukupkan.. mak pak tak yah nk melaram sakan even u all bykk laaah RM nye smpai tatau nk buat ape hehe.. wat simpanan anak2… bole je cam aku through PRU BSN… hehe.. sape2 mau bole la tanye2 kan.. kan… hehehe.. bukan ape lagi satu nyawa kt ni bile2 anytime leh melayang… haih mcm2 citer aku baca… aku dengar lihat… umo tak kire da… 10,20,30,40 etc sume mati on the spot! Takde sakit ape pun mati tetibe.. (cth jatuh sungai aritu) ~sigh… KWSP pun one of the thing kene ade penamaan… aku pun lom buat tp terpikir thn 2010 ni nak buat…. Insya Allah aku tak de nk kata apa.. moga cukup utk life2 akan dtg.. ASB pon sama…. simpanlah rm50, rm100 brape2 ade lebihan gj tu simpan lah… mana tau emergency ke kalu ade gak bekalan…. mcam2 mende dlm pikiran aku… risau pon ade.. bkn nk kata ape.. RM adlah segalanye… (maksud aku pun bukan nk bertuhan kan RM) ini utk kesihatan ade rm, nk baiki ape2 rM, nk itu RM… nk bsalin RM, g tandas pooon nk RM hahahah…

RM (replica je)
So, thoughts for today… aku tak jadik beli baju, xjadik beli kasut, pakai je ape ade sudah…. dgn keadaan tersepit dan sempit ini.. rumah pun aku tak le nk beli lg sbb gj aku < 3ooo haha so aku ni miskin la dok KL hahhaahaha (btui la kan)
Ape pun saya doakan kalian bekerja sebaiknye dan cari RM Halal!! bukan Haram okehh? get it!??
Also, sapa2 mau beli yer… Coco V spread (mcam nutella) bole inform guwe…

Coco V is YUMMY!
- Choc Milk RM9.80 per botol
- Hazelnut RM9.80 per botol
- pesanan dlm KL saje ler… kalu pakai pos tu cam errrrrr hehehe paham2 la.. bahyoo oi… hehe
- rupe deme leh kome tgok kat link ini http://www.asaniagagroup.com/new/palmilk.html
- dan dalam pesbuk kat http://www.facebook.com/cocoVspread
- email me : nurulfarhana79 [at] gmail.com > sapo2 spam aku bwk ke mahkamah siap ko!
timo la kasih membaca bebelan ku inihh
Buku, LRT, Komuter, Bas dan Kamu!
Tiada orang baca buku di Stesen LRT, tren, komuter, bas dan tumpuan umum
Dipetik dr utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Rakyat Malaysia yang kini berjumlah 28 juta orang memang tidak sukakan buku! Hanya sebilangan kecil yang gemar membaca.
Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya ‘meningkat’ kepada dua muka surat pada 2002.
Walaupun statistik terbaru belum dilakukan, namun profil kajian terdahulu itu masih relevan dengan situasi hari ini.
Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia juga mengesahkan kajian profil membaca di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2005 bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.
Walaupun memeranjatkan namun itulah hakikat yang dikutip oleh penyiasat Unit Khas Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Tinjauan ke beberapa perpustakaan, universiti dan tempat awam mendapati rakyat Malaysia lebih gemar membuang masa begitu sahaja tanpa dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan membaca buku.
Pelbagai inisiatif dijalankan bagi membudayakan amalan membaca misalnya ‘Kempen Membaca Kebangsaan’ dan Membaca 1Malaysia ‘Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan’ anjuran PNM dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Terbaru, kempen Baca@LRT dilancarkan menghubungkan lebih 100 peminat buku dan pembaca tegar menerusi laman sosial Facebook.
Namun, kempen itu tidak membawa kesan dan gagal menambat hati rakyat Malaysia untuk terus mewujudkan budaya membaca buku.
Yang pasti, rakyat negara ini terlalu sibuk dengan urusan seharian sehingga tiada masa membaca buku, apatah lagi mengunjungi perpustakaan.
Hasil siasatan di beberapa lokasi tumpuan umum di bawah ini menceritakan bagaimana rakyat Malaysia masih jauh untuk mencapai penguasaan ilmu menerusi pembacaan buku seperti penduduk negara maju.
TREN LRT
Siasatan di stesen perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), RapidKL, Putra, Star dan KTMB baru-baru ini mendapati tidak sampai 10 peratus pengguna perkhidmatan tren tersebut membaca buku, sama ada ketika menunggu atau menaikinya.
Bagi LRT Putra, siasatan selama sejam melibatkan perjalanan Stesen KL Sentral-Klana Jaya-KL Sentral. LRT Star pula dari Stesen Chan Sow Lin-Titiwangsa-Tasik Selatan.

SUASANA di dalam LRT Putra di laluan KL Sentral-Klana Jaya, baru-baru ini.
Manakala KTM Komuter membabitkan perjalanan dari Stesen Serdang-KL Sentral dan KL Sentral-Bank Negara dan Bank Negara-Serdang.
Penyiasat Utusan Malaysia berjalan dari koc depan sehingga ke koc belakang untuk memeriksa berapa orang yang membaca buku.
Secara purata, di dalam ketiga-tiga perkhidmatan tren yang memuatkan 10,000 hingga 40,000 penumpang bagi setiap perjalanan itu, hanya seorang hingga empat penumpang yang membaca buku di dalamnya.
Rata-rata ulat buku yang menaiki tren pula hanya memilih novel cinta khususnya penumpang Melayu selain novel Inggeris yang menjadi pilihan penumpang kaum Cina dan India.
Kebanyakan penumpang lebih gemar berbual menerusi telefon selain sibuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS). Bahkan ramai yang suka tidur dan termenung sementara menunggu tiba ke destinasi.
Penggunaan e-book atau buku elektronik tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai.
Aplikasi dengan banyak kelebihan ekoran saiznya yang tidak memerlukan ruang untuk disimpan jika dibandingkan dengan buku-buku cetakan di pasaran, namun perkhidmatan tersebut masih belum mendapat tempat di hati masyarakat.
Besar kemungkinan rakyat Malaysia tidak menyedari kewujudan dan kecanggihan teknologi e-buku itu walaupun hakikatnya banyak perpustakaan menawarkan perkhidmatan tersebut kepada ahli-ahlinya.
Selebihnye click link atas tu yer…
Artikel ini aku baca ketika aku sedang test system kat opis aku… so aku pun tergerak hati sudah utk tahun ini membeli majalah parenting dan muslimah. Okeh wut? dari tak ade ape langsung nk di baca. kan kan kan? Pagi2 jugak aku ke 7e amik the sun yg free tu dan baca sebelum masuk opis.. pn satu langkah bijak ? btul? free knowledge u….! hahah… so ape kata kt semua rakyat msia mulakan mnat membaca kembali! mari membaca okeh! Membaca tu kan amalan mulia… So REMEMBER THIS > IQRA’ = bacalah!












