Archive for January, 2010
Phishing Email
Salam,
Sebelum ini sudah aku post kan satu entry mengenai email phishing dari yang menyerupai Maybank. Akan tetapi, makin menjadi2 pula. Cuba korang tengok bawah nih :
Jadi, jangan la korang p bukak pulak. Adei. Nanti abis gaji dalam tu. Dorang ni keje nak kaut duit dr teknik begini. Sila lah hati2. Kerana ade sudah terkena. Terima kasih.
Wassalam.
p/s : penat ingatkan org, sendri lupe pulak la…. hehe..
![]()
Keperluan Vs Kehendak
Salam,
Entry pertama aku di blog atas platform yg baru. Yippie!! Moga semua sihat dan seronok2 berkerja yer. Tak susah nk setup semua ni tapi aku perlu masa untuk melihat dan menjenguk dunia IT yg aku tinggal sekejap cuma. Atas usaha dan berkat tunjuk ajar mereka2 yang baik hati, dah berjaya up satu web blog. Hehehe. Terima kasih yer byk2.
Aku banyak terfikir, macam-macam dalam kepala otak ni. Tapi, fikir2 pun kene ade jalan lah kan. Bukan pikir kosong je. Teringin itu ini. Sudah nye ujung bulan bank dah takde RM. Hehe. Ini situasi biasa la kan. Ini adalah snippet dari AKPK yang dpt aku cilok sket utk panduan korang yer..
Bezakan antara KEHENDAK dan KEPERLUAN
Keperluan adalah barangan atau perkhidmatan yang diperlukan untuk hidup
Keperluan terdiri dari keperluan asas dan keperluan sampingan
Kehendak adalah keperluan untuk hidup yang lebih selesa atau mewah.
Kehendak tidak terbatas.
PATUT
1 Cukup untuk menampungkeperluan asas
2 Berjimat Cermat
3 Tinjau untuk dapatkan harga yang lebih murah
4 Membeli apa yang telah di bajet sahaja
5 Belanja ikut kemampuan
TIDAK PATUT
Berbelanja lebih untuk hiburan dan keperluan bukan asas
Berbelanja berlebih-lebihan
Membeli tanpa meninjau pilihan lain yg mungkin ada
Membeli mengikut kehendak
Belanja ikut kawan
KENAPA PERLU MENYIMPAN?
•Untuk mencapai matlamat kewangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang
•Penyelamat semasa kecemasan
•Dana untuk keperluan lain seperti menyambung pelajaran, berkahwin….
•Dana untuk menambah pelaburan atau untuk membeli harta benda e.g. kereta, rumah.
Setelah aku baca selidik dan siasat, apa yg aku perlu aku tak peduli sgt. Tak ptut betol. So, aku tinggalkan ape aku mahu. Aku tumpu pada keperluan.
Taget macam2 tapi kene la usaha. Tadi, baru aje pi updet ASB. Alhamdulillah. Syukur. Ade juge la pulang balik modal aku turun naik tangga bank tu. Haha.
Syukur ke hadrat Nya. Syukur Alhamdulillah…….
P/S : Syukur….. syukur….













