Archive for September, 2008

Syawal……

Salam semua rakan FS ku…

Semoga kalian semua berbahgia.. seperti aku juge di kala ini dengan kehadiran Muhamad Umar Bin Nadzim Khir. Alhamdulillah.. kurniaan Allah di bulan Ramadhan dan Syawal ini. Aku kira, kebahagiaan dan kegembiraan yang tidak semua akan rasai. Bukan semua akan rasai seperti insan-insan lain rasa. Moga kehadiran Umar dapat memberi aku kekuatan untuk melangkah lebih kehadapan. Aku tidak akan menoleh ke belakang lagi. Sorry semua. Aku tak akan mencari kepedihan dan kejahatan yang membelenggu aku dahulu. Aku berusaha mencari pekerjaan dan rezeki untuk anak-anak dan keluarga aku.
Di kala ini juga, aku panjat kesyukuran tidak terhingga kepada Allah kerana memberi aku dan suami sepasang cahaya mata perempuan yg kini 2thn 3bln, Nurul Afiqah bt Nadzim Khir dan adik lelakinya, Muhamad Umar bin Nadzim Khir. Walaupun dengan melahirkan secara pembedahan, aku tidak gentar. Sakit yang memang memeritkan tatkala bius abis separuh badan. Ya. Org lain tak akan rasa macam mana aku rasa. Aku tak peduli itu. Aku tahu aku pulih dan aku akan didik anak-anak aku dengan adil, rezeki halal, dan penuh kasih sayang. RM Ringgit hanya untuk membesarkan, mereka. Kemewahan bukan lah pilihan terbaik kerana itu akan melalaikan. Rezeki halal pada aku, amat lah penting utk menjadi DARAH DAGING. Bukan utk menunjuk betapa hebatnya kereta, baju, seluar, kasut, rumah, handphone (jgn marah) dan lain-lain. Jika secara halal, aku amat bersyukur dengan nikmat-nikmat itu.
Namun, adakala aku termenung memikirkan ketidakadilan hidup ini, tapi aku cepat-cepat sedar. Allah sayang kepada mereka yang diberi DUGAAN hidup. Insya Allah, Aku akan terus berusaha. Kalau aku mencari kerja, perlu guna cable aku akan gunakan selagi boleh. Org lain boleh so what? Nak hidup  kene ada cara. Asalkan rezeki tu halal. OK la ya. Cukup la aku bebel. Aku nak releks. Nak beryoga.. dll utk merawat luka pembedahan aritu. 
P/S: “SUSAH-SUSAH DAHULU, SENANG-SENANG SAMPAI PENCEN”
Kawan-kawan, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN… Balik kpg elok2…

Wassalam….

Ramadhan & Syawal Kali Ini…. :)

Salam,
MOga Ramadhan kalian penuh bermakna.. dan teruskan beribadah…
Dlam kalut2 nk raye dgn kuih.. baju.. pgsan2 g bli prsiapan raya..
Ada yg tak dpt sambut raya (uwawawaaaaa) aku la tuu…
Takpe la.. just sape leh raye.. sile kan la… (jgn smpai mmbazir lak)
Aku nk masuk OR Sabtu nih 20.09.08 utk 2nd child… cannot normal lah..
Idak ngape la… jnji aku n bby in good condition…tpt lama (yg pnah lawat aku dlu)
As well as sume perkara aku selesai kan satu persatu…
Jnji tak hutang mana2 pihak…. :)
Errm… apa2 pun.. selamat la sume yer… doa2kan aku nih…

Wassalam… :)

Related Posts with Thumbnails