11 Makanan Sedap Membantu Turun Berat Badan Anda

As-Salam,

Saya memang suka membaca, macam-macam artikel, blog, buku, majalah, suratkhabar dan lain-lain lagi sumber pembacaan. Membacakan jambatan ilmu. Duduk rumah tidak semestinya duduk bawah tempurung. Antara laman web kesihatan yang saya suka baca ialag Realage.com. Saya ingin kongsi dengan anda 11 makanan sedap yang dapat membantu penurunan berat badan anda selain bersenam dan jogging.

Picture Credit to : REALAGE.com

1. Yogurt.

Sekarang menjadi trend, makanan berasas yogurt sejuk dan di campurkan dengan buah-buahan seperti Tutti Frutti, Snogurt, dan lain-lain lagi. Tak pernah rasa lagi. Korang pernah rasa? Kajian menunjukkan kalsium yang boleh menyekat pertambahan berat badan dengan menghalang penyerapan lemak di dalam usus kecil.

2. Telur.

Kajian menunjukkan sajian telur putih tanpa kuningnya dapat kenyangkan anda lebih lama dari makanan yang karbohidrat dan hindari snek yang tidak menyihatkan anda.

3. Pistachios.

Membantu dalam menahan makan dan banyak serat dalamnya. Kacang ini kurang lemak tepunya, sesuai untuk kudapan mulut anda semasa menonton televisyen atau membuat kerja sambil menyelusuri internet.

4. Grapefruit. (Limau Gedang)

Satu kajian khususnya mendedahkan bahawa makan 1/2 bahagian sebelum setiap waktu makan membantu diet anda penurunan lebih baik dari anda makan tart kononnya comel untuk dinikmati. 😀

Limau Gedang (pic credit to Google)

5. Avocado.

Membantu membentuk badan anda, pengkaji mengatakan bahawa lemak tak tepu dalam avokado boleh membantu hormon yang mencetus rasa lapar dipanggil leptin – hormon yang membolehkan otak anda bahawa anda kenyang, anda berhenti makan.

6. Cendawan.

Mudah, gantikan daging merah dengan cendawan. Maka ia akan mengurangkan lemak dari daging dan juga mengurangkan kalori sebanyak 420 kalori.

7. Minyak Zaitun.

Minyak yang agak mahal di Malaysia, ia membantu dalam mengawal pemakanan dan memberi rasa kenyang apabila kita bernafsu hendak makan dengan kuantiti yang banyak. Sedap di taburkan atas salad dan di makan begitu sahaja.

8. Whole Grains. (Bijirin Penuh)

Gantikan semua bahan makanan dengan makanan penuh bijirin. Contohnya : beras perang, quinoa, oat, bijirin gandum, dan 100% keseluruhan roti gandum dan juga pasta. Bijirin membantu dalam mengempiskan perut dan juga mengurangkan lemak / kolesterol dalam badan.

9. Red Pepper

Lada merah, di Malaysia mungkin tidak berapa popular. Tambahkan lada seperti japaleno, lada merah atau serbuk lada merah dalam masakan dan ia dapat menambah keberkesanan dalam menurunkan berat badan anda. Capsaicin – sebatian haba yang menyegarkan dalam lada merah, menurut penyelidikan, mengawal selera makan dan pengambilan makanan setiap hari.

Picture Credit to REALAGE.com

10. Fava Beans. (Kacang Fava)

Di Malaysia kacang ini mungkin di kenali sebagai kacang parang. Ia enak dan berkrim, kacang Fava ini (atau broad beans, mirip kacang buncis tapi saiz besar) adalah sumber protein tanpa lemak yang kaya dengan flavonoid. Dalam satu kajian selama 14 tahun, antioksidan khas di dalam kacang ini telah membantu dalam menghalang pengumpulan lemak perut.

Kacang Fava atau Kacang Parang

Picture Credit to Wikipedia.com

11. Rice with Veggies (Nasi dengan Sayuran)

Menambah beberapa sayur-sayuran berserat tinggi seperti brokoli, lobak merah dalam nasi anda, banyak membantu dalam merendahkan kadar pengambilan kalori. Memakan sayur-sayuran dengan nasi pada waktu makan tengahari dapat melambatkan pengosongan perut, mengikut kajian anda berasa kenyang lebih lama. Makan malam anda, tidak terlalu banyak yang anda akan makan. 🙂

p.s : menarik dan mungkin boleh praktik di bulan ramadhan nanti. jaga kesihatan…

Related Posts with Thumbnails

4 thoughts on “11 Makanan Sedap Membantu Turun Berat Badan Anda

    • mommynana says:

      Pada akak boleh je dapatkan, macam kacang tu mesti ada jual kat pasaraya. Oat tu makan quaker oat, nasi dan sayuran pasti sajian tiap hari, minyak zaitun memang mahal, yogurt tu bli je plain yogurt pun bole, ala.. nak 1000 daya. g tesco melaka sentral tu sure mcm2 ade. 😉

Comments are closed.